Monday, 11 December 2017

Adakah Aku Seorang Yang Gagal?

Kebankrapan bukanlah bererti segala-galanya telah berakhir ; ia adalah sekadar halangan atau kekangan yang sememangnya anda mampu mengatasinya, dan bakal melahirkan sesuatu yang lebih kukuh daripada sebelumnya.

Friday, 1 December 2017

Salam Maulidur Rasul 2017 | 1439H (Tenangkan jiwaku)

Dari Abu Humaid Assaidi r.a.: Sahabat-sahabat bertanya: "Hai Rasulullah! Bagaimanakah caranya kami selawat kepada tuan?. Rasulullah s.a.w bersabda: "Bacalah yang ertinya: "Wahai Tuhan! Berilah rahmat atas

Saturday, 25 November 2017

Kepentingan Air Berfungsi Kunci Awet Muda

AIR amat penting untuk kesihatan seseorang. Tanpa air seseorang boleh mati dalam tempoh tiga hari. Dalam kehidupan kita sekarang air juga amat penting untuk mengekalkan kecantikan kulit.

Saturday, 18 November 2017

Hidup Di Dunia Hanya Senda Gurau

DALAM talkin yang ringkas itu, saya mendengar imam membaca ayat al-Quran bermaksud: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut ayat 64).

Thursday, 2 November 2017

Doa Mohon Dimudahkan Perkara Yang Susah

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya ;

Thursday, 26 October 2017

Orang Yang Berjaya Melakukan Perkara Yang Kebanyakan Orang Benci Melakukannya

Bagaimanakah kesungguhan anda dengan apa anda hendak capai dalam kehidupan anda?
Adakah anda bersedia mengorbankan masa lapang anda untuknya?

Monday, 16 October 2017

Anak Adam Suka Mengutuk Masa

Dari Abu Hurairah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah SAW. bersabda : "Allah 'Azza wa lalla berfirman : Anak Adam suka mengutuk masa. Padahal Aku Pencipta Masa. Dengan kuasaKu terjadi pergantian siang dan maIam." (HR : Muslim)

Thursday, 21 September 2017

Salam Ma’al Hijrah 1439H (Kuatkan Semangatku)

Kata Muhammad bin Sirin : Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata : “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar : “Cadangan yang baik”. Mereka berkata : “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah.

Wednesday, 13 September 2017

Bagaimana Untuk Kekal Gembira Dalam Kehidupan?

Saya sering terfikir :

"Apakah yang membuatkan seseorang itu gembira?"

"Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai kebahagiaan?"

Friday, 1 September 2017

Salam Eidul-Adha 2017 (Sucikan Jiwaku)

"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat –" (QS al-Haj : 34)

Thursday, 31 August 2017

Salam Merdeka 2017 (Merdekakan Jiwaku)

KEMERDEKAAN yang sebenar adalah apabila insan dapat membebaskan diri dari menjadi hamba sesama makhluk kepada perhambaan diri hanya kepada Tuhan segala makhluk.

Sunday, 20 August 2017

Orang Yang Berjaya Melakukan Tugas Melebihi Masa Yang Diperlukan

Semua orang yang hebat sangat bersemangat (ghairah) dengan tugas mereka. Mereka cinta apa yang mereka lakukan, dan sentiasa berfikir tentangnya. Sebahagian besar kehidupan mereka diisi dengan tugas mereka.

Sunday, 13 August 2017

Doa Kesempurnaan Hidup & Mati (Doa Nabi Yusuf a.s.)

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi.
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat ;

Monday, 7 August 2017

Kita Semua Sesat, Fakir dan Salah Kecuali Dengan Kehendak Allah

Hannad menceritakan kepada kami, Abul Ahwash memberitahukan kepada kami dari Laits dari Syahr bin Hausyab dari Abdur Rahman bin Ghanam dari Abu Dzarr berkata : "Rasulullah SAW. bersabda : "Allah 'Azza Wa Jalla berfirman : "Hai hamba-hamba Ku, kamu semua tersesat kecuali orang yang aku beri petunjuk

Tuesday, 1 August 2017

Anda Akan Menemui Takdir Anda Walaupun Pada Jalan Yang Cuba Anda Elakkan

Anda akan menemui takdir anda walaupun pada jalan yang cuba anda elakkan. Biarpun jalan mana yang anda pilih, semuanya telah ditakdirkan. Bukan kehebatan anda jika anda berjaya, dan ia adalah kelemahan bagi anda jika anda gagal.

Saturday, 29 July 2017

Mengapakah seseorang itu berjaya?

Mengapakah seseorang itu berjaya? Adakah kerana dia pintar? Ataupun kerana tuah?

Apa pendapat anda?

Wednesday, 19 July 2017

Doa Tawakkal Kepada Allah (Doa Nabi Hud a.s.)

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

Thursday, 13 July 2017

Ya Allah Berkatilah Ummatku Di Dalam Masa Pagi-Paginya

Ya'qub bin Ibrahim Ad Dauraqi menceritakan kepada kami, Husyaim menceritakan kepada kami, Yala bin Atha' menceritakan kepada kami dari Amarah bin Hadidi dari Sakhr Al Ghamidi berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Ya Allah berkatilah ummatku di dalam masa pagi-paginya."

Sunday, 9 July 2017

Jika Anda Hanya Sibuk Menyalahkan Orang, Anda Tidak Mempunyai Masa Untuk Menyayangi Diri Anda Sendiri

Setiap kebaikan atau keburukan yang anda berikan kepada orang lain, adalah sebenarnya anda berikan untuk diri anda sendiri. Jika anda menginginkan kebaikan, maka kebaikanlah juga yang perlu anda berikan. Begitu juga sebaliknya, jika keburukan yang anda berikan, hasilnya adalah keburukan yang akan anda dapat...

Monday, 3 July 2017

Adakah Kita Mencuba Pelbagai Cara Untuk Berjaya?

Kita pasti sedia mengetahui bahawa manusia terkaya di di dunia adalah pemilik perniagaan Microsoft, Bill Gates kan?

Tetapi, tahukah kita bahawa Microsoft telah menguji dan membangunkan lebih daripada 1,500 produk dan perkhidmatan pada peringkat yang berlainan?

Thursday, 29 June 2017

Doa Mohon Keampunan (Tidak Mengetahui Rahsia Allah)

(Memohon keampunan kepada Allah SWT di atas permintaan kita kepadaNya dalam banyak perkara, sedangkan kita tidak mengetahui rahsia di sebalik setiap ketetapan yang telah ditetapkan olehNya kepada kita)

Saturday, 24 June 2017

Salam Eidul-Fitri 2017|1348 (Sucikan Jiwaku)

Selamat Hari Raya Eidul-Fitri...
Maaf Zahir & Batin…
Didoakan Kita & Keluarga Kita Sentiasa Berada Di Bawah Pemeliharaan & Keberkatan Allah SWT…

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. " (QS al-Baqarah : 185)

Saturday, 17 June 2017

Apa Yang Anda Beri Anda Akan Menerimanya Kembali

Jika anda hendak menerima, anda hendaklah memberi… Jika anda hendak menerima banyak, anda hendaklah memberi banyak…

Sunday, 11 June 2017

Berilah Aku Rezeki MencintaiMu, dan Mencintai Orang Yang Berguna Bagiku di SisiMu

Sufyan bin Waki' menceritakan kepada kami, Ibnu Abi Adi' memberitahukan kepada kami dari Hammad bin Salamah dari Abi Ja'far Al Khathim dari Muhammad bin Ka'ab Al Qurazhi dari Abdillah bin Yazid Al Khutmi Al Anshari dari Rasulullah SAW bahawa baginda pernah berdoa dengan doa :

Wednesday, 7 June 2017

Memberi Semasa Kekurangan Menjadikan Pemberian Itu Amat Berharga

Apabila anda memikirkan hidup anda, adakah anda memikirkan tentang apa yang anda ada? Atau adakah anda memikirkan tentang apa yang anda tidak ada?

Sunday, 4 June 2017

Zikir Perbendaharaan Syurga

Dari Abu Musa r.a. katanya "Kami berpergian bersama-sama Rasulullah SAW. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba terdengar orang banyak mengeraskan suara membaca takbir.

Thursday, 1 June 2017

Rezeki Bagi Sesiapa Yang Lupa Makan dan Minum

Abu Sa'id Al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid Al-Ahmar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hajjaj dari Qatadah dari Ibnu Sirin dari Abu Hurairah dimana ia berkata : "Rasulullah SAW bersabda :

Saturday, 27 May 2017

Salam Ramadhan 2017|1348 (Sucikan Hatiku)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Semoga Setiap Amalan Kita Layak Diterima Allah SWT...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda : "Allah berfirman : "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri,

Thursday, 25 May 2017

Doa Ketika Berada Dalam Kesulitan & Kesedihan

Dari Ibnu Abbas ra. katanya : "Bahwasanya Rasulullah SAW. berdoa ketika baginda susah : Laa ilaaha ilIallahul 'azhimul halim, laa ilaaha illallahu rabbul 'arsyil 'azhim, laa ilaaha ilialla hu rabbussamaawaati warabbul ardhi, wa rabbul 'arsyil karim.

Friday, 19 May 2017

Hidup Bukanlah Bermula Setelah Cabaran Itu Hilang, Malah Cabaran Itu Adalah Kehidupan

Hidup bukanlah soal menunggu ribut berlalu, atau menunggu hujan berhenti ; ia adalah mengenai belajar berlari di dalam hujan.

Tuesday, 16 May 2017

Selamat Hari Guru 2017 (Berkati Ilmuku)

Terima kasih Cikgu!
Tunjuk ajarmu amat bermakna bagiku…
Semoga mendapat rahmat yang tidak terhingga dariNya, dunia dan ahirat… amiin

Saturday, 13 May 2017

Doa Mohon Dihilangkan Kesusahan (Doa Nabi Ya’kub a.s.)

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya. [QS. Yusuf : 86]

Tuesday, 9 May 2017

Kita Memang Berbeza

Saya terbaca satu tulisan yang menarik, bertajuk ‘Kita Bebeza’. Saya amat bersetuju dengannya. Maka saya kongsikan di sini dengan tajuk yang lebih tegas lagi, ‘Kita Memang Berbeza’.

Monday, 1 May 2017

Kisah Seorang Yang Dianggap Berjaya, Tetapi Gagal

Inilah Kisah Saya...

Kejayaan itu bukan satu jalan sehala, tetapi satu perjalanan yang berterusan. Kisah-kisah jatuh bangun dalam perniagaan adalah sebagai iktibar yang berharga - apabila kita berhenti mencuba, kita akan gagal.

Friday, 28 April 2017

Kamu Tiada Mendapat Pertolongan dan Rezeki Melainkan Kerana Orang-Orang Yang Lemah Di Antara Kamu

Dari Musab bin Saad r.a. katanya : Saad mengira bahawa ada kelebihannya dari orang lain. Lalu Rasulullah SAW. bersabda : "Kamu tiada mendapat pertolongan dan rezeki melainkan kerana orang-orang yang lemah di antara kamu". (HR : Al- Bukhari)

Tuesday, 18 April 2017

Doa Mohon Keampunan & Ringan Bebanan

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Wakie' memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Adam bin Sulaiman dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, ia berkata :

Friday, 14 April 2017

Rahsia Perniagaan Berjaya Orang Cina

Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan.

Friday, 7 April 2017

Persaudaraan Sesama Kita Sepatutnya Menggerakkan Ekonomi dan Kekuatan Umat

Sepatutnya daripada akidah lahirnya rasa ukhuwwah (persaudaraan) sesama muslim yang menggerakkan ekonomi dan kekuatan umat.

Monday, 3 April 2017

Doa Mohon Rezeki & Membayar Hutang

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

Saturday, 1 April 2017

Resepi Tart Nanas

Terdapat banyak resepi berbeza mengenai Tart Nanas yang dapat kita temui. Semuanya adalah baik dan perlu dicuba bagi penggemar Tart Nanas. Salah satu yang ingin saya kongsikan adalah seperti berikut :

Friday, 24 March 2017

Peduli Apa Orang Nak Kata

Peduli apa orang nak kata… Jika ada orang berkata di belakangku, itu bererti aku sedang berada di hadapannya. Jika ramai orang yang berkata di belakangku, itu bererti aku berada jauh ke hadapan, sehinggakan ramai yang ketinggalan di belakangku. Aku terlalu sibuk, dan akan terus mara ke hadapan, tanpa mempunyai masa untuk menoleh ke belakang menyapa mereka…

Friday, 17 March 2017

Doa Ketika Keluar Rumah

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Manshur dari Amir Asy Sya'bi dari Ummi Salamah

Saturday, 11 March 2017

Perkara Yang Membantu Saya Untuk Merasa Lebih Bahagia Berbanding Orang Lain.

Tidak ada seorang pun yang merasa sempurna sepanjang masa, tetapi saya sentiasa merasainya.

"Adakah anda sentiasa gembira?" Tanya rakan saya kepada saya, ketika melihat saya sedang ketawa dengan rakan2 lain.

Wednesday, 8 March 2017

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)

Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian di fb yang saya kongsikan di sini tentang ‘7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.

Saturday, 25 February 2017

Doa Mohon Dihilangkan Kesusahan (Doa Nabi Yunus a.s.)


Bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di kalangan orang-orang yang zalim. (QS Al-Anbiya’ : 87)

Friday, 24 February 2017

Jem Nenas

JEM NENAS disediakan dari buah nenas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.

Aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nenas untuk membuat jem. Nenas yang dipilih mestilah cukup masak. Nenas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem.

Wednesday, 15 February 2017

Kenapa Orang Melayu Kurang Berjaya Dalam Business Berbanding Cina?

Saya terbaca satu #perkongsian di Twitter tentang sebab ‘Kenapa orang Melayu kurang berjaya dalam business berbanding Cina’.
ADAKAH KITA BERSETUJU?

MELAYU :
Untung RM5 kata kecik KOMPLEN TAK BOLEH NAK BERNIAGA.
Meniaga nak mudah & terus nak untung.
Malas usaha selalu banyak terlibat Skim Cepat Kaya.
Lebih rungut dari usaha.
Pakai bomoh, dengki, iri hati kalau jiran berniaga bende yang sama.
Bangga jawatan dalam business card, tapi tak sedar hakikatnya kuli.

Saturday, 11 February 2017

Kadangkala Kesilapan Menghasilkan Sesuatu Yang Lebih Hebat

Kita perlu bertekad untuk belajar dari kesilapan, dan bukannya merasa tertekan dengan kesilapan tersebut, atau kita akan terus mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan...

Tuesday, 10 January 2017

Mengapa Berat Badan Meningkat?

Jika anda mengambil lebih banyak kalori daripada biasa, dan anda menyeimbangkannya kembali dengan senaman, anda tidak akan terkejut jika berat anda mula berkurangan.
Previous Page Next Page Home
Blogger Widget