Peduli apa orang nak kata… Jika ada orang
berkata di belakangku, itu bererti aku sedang berada di hadapannya. Jika ramai orang
yang berkata di belakangku, itu bererti aku berada jauh ke hadapan, sehinggakan
ramai yang ketinggalan di belakangku. Aku terlalu sibuk, dan akan terus mara ke
hadapan, tanpa mempunyai masa untuk menoleh ke belakang menyapa mereka…
Peduli apa orang nak kata… Walau sesempit
mana sekalipun jalanku, aku tidak hanya duduk menunggu rezeki datang
menjemputku, aku akan terus berusaha tanpa kenal putus asa… kerana aku tahu,
menjemput
rezeki Allah SWT itu adalah satu kewajipan bagiku… dan, aku tahu janji Allah SWT itu pasti…
Al-Quran telah
menjelaskan tentang pemberian rezeki adalah mengikut tahap yang berbeza :
1. Tahap pertama, rezeki asas yang dijamin Allah SWT :
"Dan tiadalah sesuatupun
dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang
menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.
Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada
malaikat-malaikat yang berkenaan)." (QS. Hud : 6)
Allah SWT akan memberikan
rezeki kesihatan, makan, minum untuk seluruh makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah
rezeki asas yang terendah.
2.Tahap kedua, rezeki yang sesuai dengan apa yang
diusahakannya :
“Dan bahawa sesungguhnya tidak
ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya“ ; (QS. An-Najm :
39)
Allah
SWT akan memberikan rezeki
yang sesuai dengan apa yang
dikerjakannya, sama ada bagi orang
Islam ataupun orang bukan Islam. Jika ia bekerja dua jam, hasilnya
adalah kadar kepada dua
jam itu sahaja. Jika ia bekerja lebih lama, lebih bersungguh-sungguh, dan lebih berilmu, maka
ia
akan mendapat hasil yang lebih banyak.
3.Tahap ketiga, rezeki yang
lebih bagi
orang-orang yang bersyukur :
"Dan (ingatlah) ketika
Tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku
akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (QS.
‘Ibrahim : 7)
Inilah
rezeki bagi mereka yang disayangi Allah SWT. Orang-orang yang
bersyukur akan dapat merasakan kasih sayang Allah SWT, dan mendapat rezeki yang lebih banyak. Orang yang bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usahanya akan lebih berjaya, kerana Allah SWT akan menambahkannya.
4.Tahap keempat, rezeki istimewa yang
tidak
disangka-sangka :
"… dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya
dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri
bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(QS.At-Talaq : 2-3)
Inilah rezeki yang istimewa dari Allah SWT yang datang dari arah yang tidak pernah disangka-sangka, untuk hambaNya yang bertakwa. Tidak semua orang mampu meraihnya, atau mungkin ianya datang di saat seseorang itu berada dalam keadaan
yang amat memerlukannya.
Itulah
Janji Allah SWT…
Jadi,
marilah kita senantiasa
meningkatkan iman dan takwa, serta ibadah kita
kepada Allah SWT.
Insya
Allah, berbagai kebaikan akan mengalir sejalan dengan usaha kira untuk terus
mendekatkan diri kepadaNya.🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
https://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment