Tersentuh hati
saya, apabila terbaca perkongsian di fb yang saya kongsikan di sini tentang ‘7
SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya
keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki
adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita
mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana
manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
1. SERING BERGADUH.
Usahlah bergaduh
sesama suami isteri, lebih2 lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah
persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah
puncanya rezeki tersekat.
2. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.
Berikan kasih
sayang kepada anak2 kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai
ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa
terbeban.
3. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK
DIMILIKI.
Perbanyakkan
bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak
dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana
syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.
4. KEDEKUT DAN BERKIRA.
Janganlah terlalu
berkira dalam perkara2 yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan
membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah swt. berikan
adalah untuk dikongsikan.
5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Janganlah
sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata2 yang terbaik sahaja sesama
suami, isteri dan anak2. Buangkan cara yang menakut2kan ahli keluarga, dan tanamkan
sifat dan layanan yang penuh mesra.
6. KURANG SABAR.
Adakalanya kita
perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah
keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik.
Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan
anak2, kerana sabar itu menjemput rezeki.
7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah
mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah
yang terbaik untuk suami, isteri dan anak2. Ingatilah mereka dalam setiap doa,
di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah
dijangka.
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
https://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment