"Adakah anda sentiasa gembira?" Tanya rakan saya kepada saya,
ketika melihat saya sedang ketawa dengan rakan2 lain.
9. Saya Memberi Tumpuan Kepada Apa Yang Saya Mahu.
10. Saya Meminta Apa Yang Saya
Mahu.
11. Saya Mengingatkan Diri
Saya Sejauh Mana Saya Telah Pergi.
Bagaimanakah saya perlu menjawabnya?
“Ya, saya sentiasa gembira... saya optimis”. Saya banyak ketawa. Orang bertanya kepada saya soalan ini setiap masa, tetapi dalam diam, saya sedikit terasa, sudah tentulah saya tidak sentiasa gembira, tetapi saya tidak mahu perasaan yang tidak seberapa itu mempengaruhi kehidupan saya keseluruhannya.

Tanggapan bahawa bersikap positif adalah terlalu naif adalah salah.
Memilih untuk merasa bahagia dari sikap positif adalah salah satu daripada tanda-tanda
orang yang bijak. Lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai orang yang negatif
dan sinis? Ia memerlukan banyak kerja dan tenaga dalaman untuk menjadi positif
dan ceria, jadi kenapa memilih untuk negatif?
Tetapi, kebanyakan orang menjadi sangat negatif
pada setiap masa, ia adalah sesuatu yang pelik. Ia tidak pun menyeronokan, atau
menyenangkan, atau seksi, jika kita sentiasa negatif menolak orang. Dan sekarang
ini, ia kelihatan terlalu sukar untuk mencari aura optimistik di kalangan kita.
Sebab itu, ia begitu hebat jika kita memutuskan untuk menghapuskan sikap
tersebut.
Inilah
helah yang saya gunakan, yang membuatkan saya rasa lebih bahagia daripada
hampir semua orang lain yang saya temui.
1. Saya Memaafkan - dan Melupakan.
Saya disarankan agar ‘menyerang’ seseorang, tetapi saya tidak pernah terfikir untuk melakukannya kepada sesiapapun. Dahsyatnya saranan tersebut. Jangan salah faham, walaupun ramai yang telah mengecewakan saya, saya tetap mahu terus mampu menolaknya dari terus menghantui pemikiran saya.

2. Saya Hanya Menumpukan Kepada Impian Saya.
Inilah sebab utama kenapa saya merasa lebih bahagia. Saya percaya pada ‘risiko mengatasi penyesalan’ (tidak ada perkara yang perlu dikesalkan, kerana ia adalah risiko). Saya suka pada pekerjaan yang saya lakukan, dan saya sentiasa OK walaupun orang lain tidak memahaminya.

3. Saya
Tidak Mengharapkan Kesempurnaan.
Dapatkah kita menerimanya, jika hanya sedikit sahaja perkara yang lebih baik untuk diri kita hari ini? Mengapakah kita tidak mempunyai jangkaan ini, selain dari mengharapkan semuanya menjadi sempurna? - Sama ada ia berkaitan diet untuk sihat dan cantik sepanjang masa, atau memastikan sifar kesalahan ejaan dalam pos blog peribadi kita.

Baru-baru ini, ketika saya bersarapan
dengan seorang kawan yang dulunya pernah kecewa untuk memulakan penulisan di
blog, kerana kesempurnaan telah menjadi satu alasan baginya. Katanya, "awak
tahu, apa yang membantu saya menulis semula blog saya? Membaca pos blog kamu setiap
minggu — meskipun terdapat kesalahan ejaan sekali-sekala pada blog kamu, kamu
tetap melakukannya juga. Betul cakap kamu, untuk menjadi hebat, saya perlu
dapat memaafkan diri saya apabila saya membuat kesilapan. Ia mungkin juga dapat
memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang lebih baik”.
4. Saya Tidak Takut Perubahan.
Satu-satunya kepastian di dunia ini adalah ketidakpastian. Hidup adalah satu kitaran perubahan yang berterusan, dan tanpa pengecualian. Menerima perubahan adalah penting untuk mencari kedamaian.
Satu-satunya kepastian di dunia ini adalah ketidakpastian. Hidup adalah satu kitaran perubahan yang berterusan, dan tanpa pengecualian. Menerima perubahan adalah penting untuk mencari kedamaian.
5. Saya Tidak Membandingkan Diri Saya Dengan Orang Lain.
Perbandingan adalah
pencuri kegembiraan. Apakah ia penting kepada kita apa yang orang lain lakukan?
Saya hanya cuba untuk fokus kepada saya sendiri.
6. Saya Cuba Bercakap Kepada Diri Saya Sendiri.
Saya mempunyai penegasan
tersendiri yang saya gunakan secara tetap untuk membantu saya. Jika saya pening
atau letih, atau lapar, atau makan terlalu banyak, atau menghabiskan terlalu
banyak masa, saya akan berkata, "Anda lakukan dengan baik, - Jangan
bimbang."
7. Saya Kekalkan Kesibukan Saya.
Selain dari rutin
kerja saya, saya menulis setiap hari untuk memastikan saya sentiasa bekerja
pada beberapa projek yang berkaitan dengan pekerjaan saya, ini akan memberi
inspirasi dan mencabar saya. Selain daripada masa rehat saya, saya adalah orang
yang sangat sibuk. Ini menyebabkan peluang untuk saya termenung atau berfikir
lebih-lebih adalah sedikit.
8. Saya Berani Mengatakan Tidak.
Ini membolehkan saya melakukan
lebih daripada apa yang saya mahu lakukan. Hey, jom jalan-jalan? Maaf, saya ada
kerja yang perlu saya siapkan. Hey, jom borak-borak? Maaf, saya ada temujanji.
Hey, jom melancong? Maaf, saya hanya melancong pada musim yang tidak sibuk.
Hey, jom sertai bisnes saya? Maaf, saya terlalu sibuk menyiapkan tempahan saya.
“Saya suka, tapi saya ada komitmen lain…” Mengatakan tidak memberikan saya masa
dan tenaga untuk perkara-perkara yang membuat saya gembira.
9. Saya Memberi Tumpuan Kepada Apa Yang Saya Mahu.
Jika kita melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza, seperti menukarkan
beberapa sebutan (perkataan atau ayat) yang sering kita gunakan, kita akan
nampak perbezaannya. Soal sebutan (perkataan atau ayat) adalah penting dan
mempunyai kesan yang amat besar kepada ‘mood’ kita, keyakinan kita, dan
bagaimana orang lain memandang kita. Daripada mengatakan, "Saya tidak mahu
lemak perut ini," saya berkata, "Saya mahu berasa lebih langsing dan
selesa!" Daripada berkata, "Saya tidak mahu sampai lewat," saya
berkata, "Saya mahu menjadi hebat dan tiba tepat pada masanya. Kita akan
mendapat idea, sentiasa berfikir, dan menggambarkan apa yang kita mahu. Anjakan
ini adalah luar biasa.
10. Saya Meminta Apa Yang Saya
Mahu.
Ini adalah satu kuasa
yang besar. Sama ada ia berkaitan meminta sebuah meja yang lebih baik di sebuah
restoran, atau meminta kadar atau harga untuk sesuatu projek. Meminta apa yang saya
mahu memastikan saya berasa bersifat pendesak dan bebas. Mendiamkan diri dan
menafikan keinginan sebenar, atau meminta sesuatu yang kita kurang mahu adalah
satu kelemahan yang besar. Kehormatan diri kita adalah dengan meminta apa kita
mahu — dan kita memang layak.
11. Saya Mengingatkan Diri
Saya Sejauh Mana Saya Telah Pergi.
Jika seseorang
memberitahu saya, bahawa saya akan mempunyai kehidupan yang saya kehendaki pada
usia 42 sewaktu saya berusia 35, saya tentulah sangat gembira. Saya pasti
banyak di kalangan kita akan berasa gembira dengan perkara yang sama. Saya
sering mengingatkan diri saya tetang perkara ini, dan saya akan sentiasa
bekerja ke arah sesuatu yang baru, dan memastikan saya melakukannya dengan
cukup baik sekarang.
12. Saya Sentiasa Mendapatkan Motivasi Diri Setiap Hari.
Buku-buku bantuan
kendiri, podcast pendidikan, posting blog sentiasa menjadi sumber inspirasi
saya -bagaimana seseorang itu boleh hidup tanpa perkara ini? Jika saya terlepas
sesuatu dalam satu hari saya pasti menyedarinya. Ia membantu hidup saya
sekarang, menyemarakkan kuasa peribadi saya, dan tidak melakukan sesuatu secara
membuta tuli. Sumber inspirasi luar juga amat perlu sebagai pelengkap inspirasi
dalaman.
13. Saya Memberi Izin Kepada Diri Saya Untuk Berasa Gembira.
Salah satu buku
kegemaran saya ialah Bestseller Antarabangsa Bronnie Ware ‘The Top Five Regrets of the Dying’.
Bronnie Ware ialah seorang jururawat hospital yang selama beberapa tahun bertanggungjawab
menjaga pesakit-pesakit yang akan menghabiskan hayat mereka dalam beberapa
minggu. Menurut buku beliau, salah satu penyesalan bagi pesakit-pesakit
tersebut ialah, "Saya harap saya benarkan diri saya untuk lebih
bahagia." Bronnie Ware berkata, "Ramai yang tidak menyedari sehingga ke
akhir hayat mereka bahawa kebahagiaan itu adalah pilihan."
Credit : Susie
Moore is Greatist’s life coach columnist and a confidence coach in New York
City. Her new book, What If It Does Work Out?, is available now.
Ia adalah kepastian.
Apa pendapat anda???
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment