Pemakanan Seimbang merupakan tabiat memilih
makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan
kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien
boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.
Karbohidrat
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
Karbohidrat
Karbohidrat
menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh
manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50%daripada pengambilan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula,
glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak
terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum , dan sepertinya.
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid
amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan.
Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit
protein kelas pertama.
Lemak
Lemak menyediakan
lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan
menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia
kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk
menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat
dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan
apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara
purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga
mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan
selaput sel.
Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal
ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan
berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Lemak yang berlebihan
juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit
jantung koronari.
Galian
Galian
Zat galian yang
mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia
berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam
tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak
terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
Vitamin
Vitamin adalah
bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh
mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan
genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan
lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk
kesihatan tubuh badan.
Pelawas
Serat atau
pelawas dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber
serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum
banyak air.
Kredit : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemakanan_seimbang#Karbohidrat
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.myhttps://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
No comments:
Post a Comment