Saya berhenti menjalani hidup dengan memenuhi harapan
orang pada saya, tapi saya hanya menjalani apa yang Allah tentukan… dengan itu saya rasa
lebih bahagia...
Saya berhenti mengadili/mentafsir orang, kerana
saya tahu apa rasanya apabila saya sendiri disalahtafsirkan… dengan itu saya rasa
lebih bahagia...
Saya tidak terkesan dengan segala nikmat dan
kelebihan orang lain yang ditayangkan, kerana ia hanyalah kepalsuan, kita hanya
menayangkan perkara yang baik sahaja… dengan itu saya rasa lebih
bahagia...
Saya berhenti berfikiran negatif, dan cuba
melihat segalanya mempunyai hikmahnya… dengan itu saya rasa lebih
bahagia...
Saya berhenti mempersoalkan kerja Allah, tidak
meletakkan tanda soal apabila Allah sudah meletakkan tanda titik… dengan itu saya rasa
lebih bahagia...
Saya dapat bertahan dari keadaan ini, dan saya
jangkakan ramai kawan-kawan saya di luar sana berada dalam situasi yang sama, sebab
semua orang berhak untuk merasa bahagia… sebab itulah saya kongsikan ini… dan,
semua orang akan mula memberi perhatian apabila kita mula buat duit…
Jangan rasa, bila tak pandai, kita tidak berguna…
Jangan rasa, bila tak belajar tinggi, kita tidak
berguna…
Jangan rasa, bila tak ada banyak duit, kita tidak
berguna…
Jangan rasa, bila tak cantik, kita tidak berguna…
Tidak ada sesuatu hal yang Allah ciptakan itu tidak
berguna, yang ‘sampah’ itu pemikiran kita, bukan diri kita…
Kena jatuh teruk dulu, baru ada momentum untuk
naik ke atas… Biasanya kejatuhan yang amat teruk, akan menjadikan seseorang itu
amat berjaya, sebab susah nak dipatahkan semangat orang yang telah diuji dengan
hebat… Setakat ujian kecik-kecik, dia senyum je…
Jadi, bangunlah, jadilah berani, positif dan berjuang…
Ingat, perjuangan yang paling sukar adalah untuk
orang yang paling hebat…
Kredit : Aliff Channel
πππππππ
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
http://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
No comments:
Post a Comment