Jika hanya 5 perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesihatan, apa yang perlu anda buat?
Gaya hidup tidak sihat, adalah satu penyumbang biasa bagi masalah terbesar
kesihatan kita : strok, penyakit jantung, kencing manis, kanser. Apakah yang
selalu disyorkan oleh doktor untuk
menjaga jantung, minda, dan badan dalam mengoptimumkan kesihatan
yang baik?
Untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan, berikut adalah nasihat Richard Lange, M.D., M.B.A. Beliau adalah Presiden Universiti Teknologi Texas Sains
Kesihatan Pusat El Paso (TTUHSC El Paso) dan Dekan Paul L. Foster School of
Medicine. TTUHSC El Paso merupakan universiti keempat dan terbaru dalam Sistem
Universiti Texas Tech.
1. Senaman Harian.
Anda memberus gigi anda setiap hari ; senaman juga adalah sama pentingnya
untuk rutin harian anda. Matikan TV atau komputer, dan lakukan
sekurang-kurangnya 30 minit senaman setiap hari.
Untuk kesihatan jantung, anda boleh melakukan aerobik. Anda mempunyai
banyak pilihan : berjalan, berjoging, berbasikal, mendayung, renang. Tetapi anda
tidak perlu menjadi seorang atlet. Berjalan adalah senaman yang hebat,
lakukannya selama 10 minit di sepanjang hari.
Mulakan dengan sesuatu yang mudah, seperti berjalan dari tempat letak
kereta ke tempat kerja, atau tidak menggunakan lif, tetapi berjalan mengunakan
tangga, atau jika anda menggunakan pengangkutan awam, turun pada perhentian
sebelum perhentian anda, dan berjalan. Keluar untuk makan tengah hari dengan
berjalan, atau berjalan dengan pasangan anda selepas kerja. Anda akan mendapat
bonus – secara santai dan tekanan dapat dikurangkan.
2. Diet Yang Sihat.
Berhenti makan makanan ringan dan makanan segera tinggi lemak. Jantung,
otak, dan kesihatan secara keseluruhannya dirosakkan oleh makanan yang tinggi
lemak tepu, garam, dan kolesterol. Anda bpleh menggantikannya dengan makanan
yang sihat : buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kacang, minyak zaitun - apa yang
dipanggil sebagai diet Mediterranean, atau makan seperti Itali.
3. Menurunkan Berat Badan.
Berat badan berlebihan meletakkan kesihatan anda pada risiko yang tinggi. Apabila anda mengambil lebih banyak kalori, anda akan mendapat lemak - ia sangat mudah. Anda perlu kurangkan makan, dan lebihkan senaman. Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk melakukan perubahan gaya hidup ini - tetapi, anda perlu melakukanya juga, untuk membantu mengelakkan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, kencing manis, atau strok.
4. Melakukan Pemeriksaan Fizikal.
Beritahu doktor anda sejarah perubatan keluarga anda. Ketahui faktor risiko peribadi anda, dan ujian saringan yang anda perlukan. Wanita mungkin perlu melakukan ujian mammogram untuk menyaring kanser payudara dan Pap Smear untuk kanser pangkal rahim. Lelaki perlu melakukan ujian PSA kanser prostat. Pemeriksaan rutin untuk kanser kolorektal harus bermula pada usia 50, mungkin lebih awal jika kanser usus besar wujud dalam keluarga anda. Anda juga perlukan ujian tetap untuk diabetes, tekanan darah, dan kolesterol. Pastikan imunisasi anda adalah terkini. Anda juga mungkin perlu suntikan selesema dan radang paru-paru, bergantung kepada umur anda.
5. Kurangkan Tekanan.
Apabila seseorang berkata, mereka terlalu sibuk untuk bersenam, ia seolah-olah mengatakan bahawa, mereka mempunyai perkara yang lebih penting dalam hidup mereka : mereka tidak mempunyai masa bersama keluarga dan rakan-rakan ; kurang bersenam ; tidak makan dengan betul ; tidak tidur dengan baik. Sedangkan semua perkara ini mengurangkan tekanan dalam hidup anda, dan itu adalah penting untuk kesihatan dan umur panjang.
Apabila seseorang berkata, mereka terlalu sibuk untuk bersenam, ia seolah-olah mengatakan bahawa, mereka mempunyai perkara yang lebih penting dalam hidup mereka : mereka tidak mempunyai masa bersama keluarga dan rakan-rakan ; kurang bersenam ; tidak makan dengan betul ; tidak tidur dengan baik. Sedangkan semua perkara ini mengurangkan tekanan dalam hidup anda, dan itu adalah penting untuk kesihatan dan umur panjang.
Untuk menjadi sihat, kita perlu menetapkan sempadan - dan menetapkan had ke
atas waktu bekerja kita. Kita tidak perlu bekerja begitu kuat sehingga kita mengabaikan
perkara-perkara yang menjaga kesihatan kita. Ini adalah nasihat yang sangat
penting, bagi orang-orang yang menjaga ibu bapa yang sudah tua atau kanak-kanak
kecil. Pastikan anda mendapat senaman dan tidur - dan anda tidak perlu melakukannya
terlalu banyak pun.
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment