Sunday, 8 May 2016

Penyakit Kencing Manis - Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Masalah pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :
·         Kegagalan buah pinggang 
·         Serangan jantung 
·         Kebutaan / Katarak 
·         Koma (hilang kesedaran) 
·         Angin ahmar (strok) 
·         Sakit saraf atau "mati pucuk" 
·         'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk

Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :
1.       Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin.
2.       Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.
http://ezritairniz.blogspot.my/p/contact-me.html
Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :
·         Cemas.
·         Berdebar-debar.
·         Berpeluh.
·         Menggeletar.
·         Terasa lapar.
·         Terkeliru.
·         Penglihatan kabur.
·         Pening lalat.
·         Tidak sedarkan diri.
Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :
·         Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
·         Kerap terasa haus.
·         Muntah-muntah.
·         Badan semakin kurus.
·         Koma.
·         Sukar bernafas.
·         Sakit perut.

Kredit : http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitKencingManisPendahuluan.htm

~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget