Terima kasih Cikgu!
Tunjuk ajarmu amat
bermakna bagiku…
Semoga mendapat rahmat yang tidak terhingga
dariNya, dunia dan ahirat… amiin
Muhammad bin Abdul
A'la menceritakan kepada kami, Salmah bin Raja' memberitahukan kepada kami,
Al-Walid bin Jamil memberitahukan kepada kami, Al-Qasim Abu Abdur Rahman
memberitahukan kepada kami, dari Abu Umamah AI-Bahili berkata : "Disebutkan
disisi Rasulullah SAW dua orang, yang satu seorang ahli ibadah, dan yang lain
seorang 'alim (pandai), Rasulullah SAW bersabda : "Keutamaan orang pandai
atas orang ahli ibadah seperti keutamaanku atas orang yang paling rendah di
antara kamu, kemudian Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah, para
MalaikatNya dan penduduk langit dan bumi sehingga semut dalam lubangnya dan
sehingga ikan memohonkan rahmat kepada pengajar manusia kepada kebaikan". Hadis
ini adalah hadis hasan gharib sahih. Aku mendengar Abu Ammar Al-Husain bin
Huraits AI-Khuzai' berkata : Aku mendengar Al-Fudhail bin Iyadh berkata : "Orang
'alim (pandai) yang mengamalkan dan mengajar dipanggil sebagai orang besar di
kerajaan langit". (HR : At-Termizi)
Dari Mu'awiyah bin Hakam As Sulami, katanya: "Ketika aku sedang solat bersama-sama Rasulullah saw., tiba-tiba ada orang bersin. Lalu ku ucapkan 'Yarhamukallah' (Semoga Allah memberi Anda rahmat). Kerana itu seluruh jemaah menujukan pandangannya kepada ku. Aku berujar, "Aduh, ibu! Mengapa anda semua menengok kepada ku?" Mereka bahkan menepuk paha mereka. Setelah itu barulah aku tahu bahawa mereka menyuruh ku diam. Tetapi aku telah diam. Tatkala Rasulullah saw. telah selesai solat, Demi Allah! Aku belum pernah bertemu dengan seorang guru yang sepandai beliau mengajar, Demi Allah! Beliau tidak mengasari ku, tidak memukul dan tidak memaki ku. Beliau bersabda, "Sesungguhnya tidak patut bercakap-cakap dalam solat ; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur'an." (HR ; Muslim)
πππππππ
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/eztartutama
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
No comments:
Post a Comment