Tuesday, 9 May 2017

Kita Memang Berbeza

Saya terbaca satu tulisan yang menarik, bertajuk ‘Kita Bebeza’. Saya amat bersetuju dengannya. Maka saya kongsikan di sini dengan tajuk yang lebih tegas lagi, ‘Kita Memang Berbeza’.

Tidak kira sama ada kecil atau besar bisnes kita ; kita perlu ingat satu peraturan penting dalam berbisnes ; bahawa kita dan bisnes kita adalah dua perkara yang berbeza. Berbeza di sini bermaksud, Duit saya, saya punya ; Duit bisnes, bisnes yang punya (bukan saya punya).

Jadi, jangan sesekali ‘menyelop’ laci bisnes bila kita perlukan duit, atau jangan pula pandai2 menambah duit dalam laci bisnes tanpa merekodkannya sama ada sebagai ekuiti atau liabiliti kepada bisnes kita. Rekod sebagai ekuiti bermaksud, ianya adalah satu pelaburan kita kepada bisnes, dan akan mendatangkan keuntungan pada kita ; manakala merekodkannya sebagai liabiliti (tanggungan) bermaksud, bisnes telah berhutang dengan kita, dan perlu membayar balik duit kita.
Sebenarnya, kita perlu menetapkan dengan lebih awal, berapa gaji kita di dalam bisnes kita. Bukannya mengambil kesemua keuntungan bersih sebagai hak milik kita. Silap-silap bukannya keuntungan bersih saja yang kita ambil, malah dari keuntungan kasar (gross profit = sales - direct cost/cost of goods sold) lagi telah pun lesap dari laci.
Jadi, bagaimana bisnes kita akan berkembang?
Berbisneslah secara bijak dan berhemah, bukan sahaja untuk kita, malah untuk legasi kita yang akan datang.
Kredit : kewanganbisnes.wordpress
Join Us NOW!
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget