Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak
mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu:
Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi
pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini
tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa
banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula,
bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah
kerana kadar Kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian
bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering
dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan
secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga
cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan,
membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan
kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai
kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan
selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis
sebanyak 40% - 60%.
Penjagaan berat badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak
tinggi lebih mudah dikawal taraf gula didalam darah mereka dan dengan itu ubat
dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat
menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa
perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian
kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan
lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk
memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang
berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini
membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri
mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu
mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan
awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah
pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes
anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% -
85%.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis
masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati
mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan
metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan
metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing
manis.
Keadaan IGT dan IFG
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing
manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired
glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose
- IFG). Kajian menunjukkan bahawa dianggarkkan di Amerika bagi mereka yang
berumur 40 - 74 tahun, terdapat 15.6% yang mengidap kecacatan daya tahan
glukos sementara 9.7% pula mempunyai masalah kecacatan puasa glukos yang dianggap
mempunyai risiko besar untuk meningkat kepada pengidap kencing manis.
·
Kecacatan daya tahan
glukos merujuk kepada keadaan di mana kadar glukos meningkat antara 140
sehingga 199 milligrams per dekaliter atau mg/dL selepas 2-jam ujian oral
ketahanan glukos tetapi masih belum dianggap sebagai kencing manis.
·
Kecacatan puasa glukos
(impaired fasting glucose - IFG) merujuk kepada keadaan di mana kadar glukos
meningkat antara 110 sehingga 125 milligrams per dekaliter atau mg/dL selepas
semalaman berpuasa tetapi masih belum dianggap sebagai kencing manis.
Adalah amat penting bagi kita mengawal pengambilan
gula. Pengambilan gula berlebihan secara langsung atau tidak langsung (dalam
kuih yang manis) boleh menyebabkan kencing manis yang membawa kepada
penyakit-penyakit yang lain. Selain itu sekiranya pesakit berterusan memakan
makanan manis walaupun memakan ubat, ini boleh mengakibatkan badan pesakit
semakin teruk dan kencing manis tidak lagi dapat dikawal dengan pengambilan
ubat.
Pesakit terpaksa beralih kepada suntikan insulin
pula. Sekiranya pengambilan gula terus tidak dikawal, ia akan membawa kepada
penyakit lain seperti sakit jantung, buta disebabkan kerosakan pada mata
disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi, jangkitan kuman, kehilangan anggota
kaki atau tangan, kegagalan buah pinggang berfungsi, dan lain-lain. Oleh itu
ingatlah, pencegahan awal adalah lebih baik dari berubat.
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.myhttps://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irni
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment