Tuesday, 7 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. Bersabda : "Allah berfirman : "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai ; maka apabila
seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan : “Aku ini puasa.” Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggamanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya : Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya." (HR Al-Bukhari).
Dan Ibnu Abbas r.a., katanya : "Rasulullah saw. adalah seorang yang amat pemurah, dan lebih pemurah lagi selama bulan Ramadhan, iaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya Jibril datang kepada Rasulullah saw. tiap-tiap malam Ramadhan dan beliau kedua-duanya membaca Quran berganti-ganti. Sesungguhnya Rasulullah saw. lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus." (HR Al-Bukhari).


~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
http://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget