"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban
(atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan
pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu.
Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk
taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang
yang tunduk taat –" (QS al-Haj : 34)
"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah
hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang
menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang
mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. " (QS al-Haj : 35)
"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah
itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang
tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa
menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang
(serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian
yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah
Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu
bersyukur. " (QS al-Haj
: 36)
"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali
akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas
yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang
itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya.
Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada
orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. " (QS al-Haj : 37)
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. " (QS al-Haj : 38)
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://eztartutama.blogspot.my
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
https://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/cantikbyezritairniz
https://www.facebook.com/vendorofficial
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/cantikbyezritairniz
https://www.facebook.com/vendorofficial
https://www.facebook.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment