Sunday, 4 June 2017

Zikir Perbendaharaan Syurga

Dari Abu Musa r.a. katanya "Kami berpergian bersama-sama Rasulullah SAW. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba terdengar orang banyak mengeraskan suara membaca takbir.
Maka bersabda Rasulullah SAW., "Hai, manusia! Rendahkanlah hati dan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak memanggil orang pekak dan orang jauh. Tetapi kamu memanggil Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, bahkan Dia bersama kamu." Ketika itu aku berada di belakang baginda membaca "Laa haula la wa la quwwata illa billah" Maka bersabda baginda, 'Ya, 'Abdallah bin Qais! Mahukah engkau ku tunjukkan kepada mu suatu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?" Jawab ku, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda baginda, "Bacalah: Laa haula wa laa quwwata illa billah" (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah). (HR ; Muslim)

Join Us NOW!

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita sama-sama berdoa dengan sebaik-baik doa dan sesuai dengan ketentuan agama… Marilah kita sama-sama berdoa dengan hati yang bersih, penuh keyakinan akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan kandungan doa menggambarkan keinginan untuk menyempurnakan penghambaan diri kepada Allah SWT, bukannya untuk mencapai sesuatu cita-cita demi kepentingan dan kesenangan diri dan merugikan orang lain… ~ Usah dibatasi saudara-saudara kita yang lain dari mengecapi manisnya zikir& doa dari al-Quran & al-Hadis bersama-sama… Teruskanlah berpesan dengan berkongsi amal jariah ini kerana Allah… Moga Allah bantu kita, InsyaAllah…
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...

1 comment:

  1. Terima kasih atas diatas illmu yg sangat berharga..smoga Allah merahmati Tuan yg sudi berkongsi amalan doa ini...mintak izin utk diamal...

    ReplyDelete

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget