Wednesday, 7 June 2017

Memberi Semasa Kekurangan Menjadikan Pemberian Itu Amat Berharga

Apabila anda memikirkan hidup anda, adakah anda memikirkan tentang apa yang anda ada? Atau adakah anda memikirkan tentang apa yang anda tidak ada?

Jika anda memikirkan tentang apa yang anda ada, anda akan merasakan bahawa anda memiliki cukup, dan cenderung untuk memberi.

Jika anda sentiasa memikirkan tentang apa yang anda tidak ada, anda akan cenderung untuk mempertahankan apa yang anda ada, kerana anda merasakan bahawa anda hanya memiliki begitu sedikit, dan dengan demikian anda tidak banyak memberi.

Tetapi sebenarnya, memberi semasa kekurangan atau tidak banyak dapat menjadikan pemberian itu amat berharga. Dan 
apabila anda memberi atau berkongsi sesuatu yang baik, anda akan berasa baik dan puas. Perasaan ini yang akan membuatkan anda merasa lebih yakin kerana anda tahu bahawa anda telah membantu orang lain. Bermulalah memberi sekarang walaupun sekecil-kecil pemberian.

 
Join Us NOW!

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget