Wednesday, 13 September 2017

Bagaimana Untuk Kekal Gembira Dalam Kehidupan?

Saya sering terfikir :

"Apakah yang membuatkan seseorang itu gembira?"

"Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai kebahagiaan?"

Pertama, dan yang terpenting ialah kesihatan yang baik. Jika anda tidak mempunyai kesihatan yang baik, anda tidak akan hidup bahagia. Apa-apa penyakit, walaupun remeh, akan mengurangkan sesuatu daripada kebahagiaan anda.

(Sekarang ini, kesihatan merupakan aset yang amat berharga. Saya melihat anak-anak muda sekarang mempunyai beberapa masalah hypertensions atau berhadapan dengan masalah paras gula dan insulin. Proses kehidupan yang selesa mereka seolah-olah perlu diperolehi dengan membayar tol kesihatan. Jadi kesihatan adalah yang pertama. Bidang kerjaya atau perniagaan pula perlu mempunyai kesan minimum kepada kesihatan anda, atau menguruskan kegiatan pelaburan yang bebas tekanan, dan tidak memberikan anda penyakit.)


Kedua, baki di bank yang "sihat". Ia tidak semestinya terlalu banyak, tetapi memadai untuk memberikan keselesaan, dan perlu ada sesuatu persediaan untuk rekreasi - makan di luar, menonton wayang, perjalanan dan bercuti di kawasan tinggi atau di tepi laut. Kekurangan wang boleh mematahkan semangat. Hidup bergantung pada kredit atau pinjaman akan memburukkan imej dan merendahkan pandangan pada diri sendiri.

(Berapa banyak? Ianya sentiasa menjadi persoalan. Pendapatan dan pelaburan dengan tiada matlamat sentiasa tidak berkesudahan. Jawapannya, adalah satu proses yang mudah, yang dipanggil - merangka matlamat. Jadikan diri anda sentiasa mengetahui, apa jumlah yang perlu anda kumpulkan untuk sesuatu matlamat, dan seterusnya bergeraklah kepada fasa pengumpulan. Hutang adalah beban yang memakan kedudukan kredit. Walaupun anda membayar balik kredit anda setiap masa, tetapi persoalannya adalah : "mengapa anda mengambil jalan keluar dengan kredit jangka pendek untuk memenuhi keperluan penggunaan bulanan anda? ")

Ketiga, rumah sendiri. Rumah yang disewa tidak dapat memberikan anda keselesaan atau keselamatan bahawa rumah itu adalah milik anda sendiri. Jika ia mempunyai ruang dan laman, adalah lebih baik. Dengan semangat dan tangan anda sendiri, anda boleh menanam pokok dan bunga, melihatnya membesar dan berkembang, dan memupuk hubungan dengan alam di sekeling anda.

(Saya bersetuju, bahawa rumah adalah sebahagian daripada keseluruhan aset. Dari segi emosi, saya juga bersetuju bahawa rumah sendiri adalah lebih selesa, dan memberikan status diterima di dalam masyarakat, dan bukan hidup sebagai penyewa. Memiliki rumah sesebuah atau teres adalah bergantung kepada cita rasa peribadi, kemampuan dan bajet.)

Keempat, sahabat yang memahami, samada pasangan anda, ataupun rakan. Jika anda mempunyai terlalu banyak salah faham, ia merampas ketenangan fikiran anda. Adalah lebih baik berpisah, daripada untuk terus berselisih pendapat sepanjang masa.

(Apa yang perlu saya katakan mengenai perkara ini? Ya, pasangan yang faham adalah keperluan utama kehidupan peribadi dan kewangan yang baik. Pasangan anda harus mengambil bahagian dalam setiap keputusan kewangan. Perpisahan adalah terlalu mahal dan mengganggu status kewangan, jadi yakinlah dalam menjalinkan hubungan, serta menguruskannya dengan bijak.)

Kelima, berhenti mencemburui mereka yang telah melakukan dengan lebih baik daripada anda dalam kehidupan - meningkat lebih tinggi, menghasilkan lebih banyak wang, atau memperolehi lebih kemasyhuran. Cemburu boleh meruntuhkan ; elakkan membandingkan diri anda dengan orang lain.

(Berpeganglah pada matlamat anda sendiri semasa anda berada dalam fasa pengumpulan. Orang lain mempunyai kehidupan yang berbeza dan keutamaan. Jadi, jangan terpengaruh apabila seseorang itu secara agresif melaburkan wang mereka ke dalam saham atau membeli tanah, atau membeli kereta yang lebih besar. Ia bukan bidang anda untuk berfikir apa yang kawan-kawan, saudara-mara, rakan-rakan atau jiran-jiran anda lakukan, apabila anda berpegang kepada perancangan kewangan.)

Keenam, tidak membenarkan orang lain untuk menjatuhkan anda melalui gossip. Singkirkan mereka, anda akan merasa letih dan diracuni oleh gosip tersebut.

(Dalam bidang kewangan, kandungan gossip hanya untuk sekelompok mentaliti, dan mempengaruhi keputusan kewangan. Walaupun nasihat itu sering diberi percuma, tetapi kandungan dalam nasihat itu pula perlu dibayar dengan harga yang tinggi... singkirkannya!)

Ketujuh, memupuk hobi yang akan memenuhi ruang dan masa anda - berkebun, membaca, menulis, melukis, bermain atau mendengar muzik. Melangkah ke kelab atau parti untuk mendapatkan hiburan percuma, atau untuk bertemu selebriti, atau mencari kawan-kawan yang kononnya untuk melepaskan tekanan, adalah satu pembaziran masa. Adalah penting untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu yang membolehkan apa yang anda rancangkan menjadi lebih bermakna.

(Membuang masa dan wang untuk berseronok, berpesta, dan membeli-belah sentiasa membuatkan aliran keluar dalam kewangan harian anda. Semua tabiat ini melibatkan wang, dan akan merosakkan bajet anda. Keputusan untuk membeli perlu ditanam terlebih dahulu untuk semua perbelanjaan utama.)

Kelapan, setiap hari, pagi dan petang, 5 kali sehari, abadikanlah jiwa anda pada pencipta anda. Ini adalah perlu untuk mengekalkan minda yang mutlak!

(Semua cerdik pandai mengakui perkara ini. Seperti Elizabeth Gilbert berkata, Makan, Doa, Cinta : Seorang wanita mencari sesuatu di seluruh Itali, India dan Indonesia, dia berkata : "Kita mencari kebahagiaan di mana-mana, tetapi kita sama seperti pengemis, menghabiskan sisa-sisa hidup di atas kawah emas, sepanjang masa. Harta anda - kesempurnaan anda – sudah berada hampir dengan anda. Tetapi untuk mengecapinya, anda mesti meninggalkan kekacauan minda dan meninggalkan ego hawa nafsu dan hayatinya ke dalam lubuk hati.")

Dari Ali r.a. katanya : "Pada suatu hari kami mengantarkan jenazah ke pekuburan Baqi' Al Gharqad. Rasulullah saw. mendatangi kami, lalu baginda duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling baginda. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting itu. Kemudian baginda bersabda : "Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta'ala di syurga atau di neraka. Telah ditetapkan Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat. "Ya. Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal?" Jawab baginda, "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang yang bahagia, dan orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah! Semua saranan telah disiapkan. Adapun orang-orang bahagia, mereka dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amal orang-orang celaka." Kemudian baginda membaca ayat : "Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar. " (Al Lail, 92 : 5-10) (HR : Muslim).

Join Us NOW!
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

https://eztartutama.blogspot.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 











No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget