Thursday, 31 August 2017

Salam Merdeka 2017 (Merdekakan Jiwaku)

KEMERDEKAAN yang sebenar adalah apabila insan dapat membebaskan diri dari menjadi hamba sesama makhluk kepada perhambaan diri hanya kepada Tuhan segala makhluk.

Tidak ada kemerdekaan mutlak dalam kehidupan insan. Jika insan berjiwa hamba atau menghina diri sesama mereka, maka dia tidak akan lagi menjadi hamba yang sebenar kepada Allah, Tuhan segala ciptaan yang wujud. Jika insan benar-benar menjadi hamba yang penuh ikhlas akidahnya kepada Allah, maka dia akan berjaya membebaskan diri dari cengkaman perhambaan sesama makhluk. Dalam erti kata lain, jika insan benar-benar tulus akidahnya, maka merdekalah dirinya dari kerendahan perasaan dan penghinaan jiwa terhadap selain Allah. Begitulah sebaliknya. Tiada insan yang merdeka mutlak dalam hidupnya. Hingga mereka yang mendakwa tidak mempercayai Tuhan dan bebas dari sebarang peraturan manusia pun, mereka tetap menjadi hamba nafsu dan pemikiran sesat yang akhirnya merobohkan nilai keinsanan mereka yang sebenar. (drmaza.com)


"Ya Tuhanku! Jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. "
 (QS al-Baqarah : 126)

Join Us NOW!

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

https://eztartutama.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget