Bahawasanya tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
adalah termasuk di kalangan orang-orang yang zalim. (QS Al-Anbiya’ : 87)
Muhammad bin Yahya menceritakan kepada kami, Muhammad bin Yusuf memberitahukan kepada kami, Yunus bin Abi Ishaq memberitahukan kepada kami dari Ibrahim bin Muhammad bin Sa'ad dari ayahnya iaitu Sa'ad berkata : "Rasulullah SAW bersabda : "Doa Dzinnun iaitu Nabi Yunus ketika dia berdoa di perut ikan adalah : (Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang menganiaya diri sendiri). Sesungguhnya orang muslim tidaklah berdoa dengan doa tersebut dalam kehendak apa pun melainkan Allah mengabulkannya." Dari Muhammad bin Yusuf mengatakan pada suatu kali dari Ibrahim bin Sa'ad dari Sa'ad. Dan tidak hanya seorang yang meriwayatkan hadis ini. Dari Yunus bin Abi Ishaq dari Ibrahim bin Muhammad bin Sa'ad dari Sa'ad dan'mereka tidak menyebutkan dalam sanadnya dari ayahnya. Sebagian ahli hadis iaitu Abu Ahmad meriwayatkan dari Yunus lalu mereka berkata dari Ibrahim Muhammad bin Sa'ad dari ayahnya dari Sa'ad seperti riwayat Muhammad bin Yusuf. (HR At-Termizi)
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita sama-sama berdoa dengan sebaik-baik doa dan sesuai dengan ketentuan agama… Marilah kita sama-sama berdoa dengan hati yang bersih, penuh keyakinan akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan kandungan doa menggambarkan keinginan untuk menyempurnakan penghambaan diri kepada Allah SWT, bukannya untuk mencapai sesuatu cita-cita demi kepentingan dan kesenangan diri dan merugikan orang lain…
~ Usah dibatasi saudara-saudara kita yang lain dari mengecapi manisnya zikir & doa dari al-Quran & al-Hadis bersama-sama… Teruskanlah berpesan dengan berkongsi amal jariah ini kerana Allah… Moga Allah bantu kita, InsyaAllah…
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
https://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment