JEM NENAS disediakan dari buah nenas yang sesuai kematangannya dengan
mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya
menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.
Aspek
penting yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan buah nenas untuk membuat
jem. Nenas yang dipilih mestilah cukup masak. Nenas yang masih muda mengandungi
banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem.
Nenas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.
Nenas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai warna yang kurang menarik.
Formulasi Untuk Jem
Nenas (1 kg Nenas)
|
|
Bahan
|
Kuantiti (gm)
|
Isi Nenas
|
1 kg
|
Gula
|
1.22 kg
|
Asid Sitrik
|
4.5 gm
|
Pektin
|
11.2 gm
|
Kaedah
Membuat Jem Nenas
1. Buah nenas yang cukup masak dibuang kulit, mata
dan empulur. Kemudiannya dibasuh dan dihancurkan.
2. Kemudian isi nenas tersebut dipanaskan
perlahan-lahan di dalam kawah.
3. Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum
dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nenas yang telah dipanaskan.
Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada
berketul.
4. Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir
pekat di mana kandungan gula menunjukkan kepekatan mencapai 68ΒΊBx.
5. Setelah itu, asid sitrik dicampurkan dan dikacau
terus sehingga sebati. Jem yang di proses mestilah cukup kandungan asidnya
iaitu pH 2.8–3.4.
6. Setelah dimasak, jem tersebut perlu dibotolkan
semasa masih panas lagi. Ini perlu bertujuan untuk mengelakkan jem beku (set)
sebelum dibotolkan.
7. Botol-botol yang telah diisi mestilah ditutup
rapat dengan serta-merta. Ini adalah untuk mewujudkan keadaan separa hampagas
(partial vacuum) di bahagian mulut botol. Dengan ini dapat mengurangkan
pencemaran mikroorganisma terhadap jem.
http://www.mpib.gov.my/web/guest/jem-nanas?
Nota : Jem
Nenas adalah ramuan aktif bagi Tart Nenas
πππππππ
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://eztartutama.blogspot.my~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment