Jika anda mengambil lebih banyak kalori daripada biasa, dan anda
menyeimbangkannya kembali dengan senaman, anda tidak akan terkejut jika berat
anda mula berkurangan.
Tetapi bagaimana pula jika anda lakukan perkara yang sama seperti yang selalu anda lakukan, tetapi berat badan anda masih juga meningkat? Mengapa?
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
Tetapi bagaimana pula jika anda lakukan perkara yang sama seperti yang selalu anda lakukan, tetapi berat badan anda masih juga meningkat? Mengapa?
Ia adalah masa yang sesuai untuk anda menyelidiki dengan lebih mendalam
apa lagi yang mungkin berlaku :
Kurang tidur
Terdapat dua isu berkaitan dengan tidur dan berat badan. Pertama, jika anda
tidur lewat, kemungkinan besar anda mengambil beberapa snek/makan lewat malam,
yang bermakna, lebih banyak kalori yang akan anda dapat. Kedua, melibatkan
perkara yang berlaku dalam badan anda sendiri apabila anda tidur lewat.
Perubahan hormon dalam badan akan meningkatkan rasa lapar dan selera makan, dan
juga membuatkan anda rasa tidak kenyang sepenuhnya selepas makan.
Tekanan
Apabila tuntutan kehidupan anda terlalu sengit, badan anda memasuki mod
survival. Kortisol, iaitu "hormon tekanan" dirembeskan, yang
menyebabkan peningkatan dalam selera makan. Dan sudah tentu, anda mungkin akan
mencapai makanan berkalori tinggi. Gabungan ini akan mengakibatkan kenaikan
berat badan.
Anti Kemurungan
Kesan sampingan yang tidak diingini daripada sesetengah rawatan anti
kemurungan adalah pertambahan berat badan. Berbincanglah dengan doktor anda
untuk melakukan beberapa perubahan kepada pelan rawatan anda jika anda berfikir
rawatan anda yang menyebabkan pertambahan berat badan. Tetapi, jangan berhenti
atau menukar ubat anda sendiri tanpa nasihat doktor. Berdasarkan pengalaman,
sesetengah orang yang mengalami peningkatan berat badan selepas memulakan
rawatan ketagihan, semata-mata kerana mereka berasa lebih baik, maka selera
makan juga lebih baik. Juga, kemurungan itu sendiri boleh menyebabkan perubahan
dalam berat badan.
Steroid
Ubat-ubatan steroid anti-radang seperti prednisone sememangnya diketahui
sebagai penyebab pertambahan berat badan. Pengumpulan cecair dan peningkatan
selera makan adalah sebab utama. Sesetengah orang boleh melihat perubahan
sementara di badan mereka semasa mengambil steroid - seperti muka, perut, atau
belakang leher. Jika anda telah mengambil steroid lebih dari seminggu, jangan hentikannya
secara mengejut. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius. Sila rujuk
doktor anda terlebih dahulu.
Ubat-Ubatan
Pelbagai ubat-ubatan juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan.
Termasuklah ubat-ubatan antipsychotic (digunakan untuk merawat gangguan seperti
skizofrenia dan gangguan bipolar), serta ubat-ubatan untuk merawat migrain,
sawan, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Bekerjasamalah dengan doktor
anda untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk merawat dan mengurangkan kesan sampingan.
Pil Perancang
Berbeza dengan kebanyakan tanggapan, kombinasi pil
kawalan kelahiran (estrogen dan progestin) tidak terbukti sebagai penyebab
pertambahan berat badan yang berkekalan. Ia dikatakan bahawa, sesetengah wanita
yang mengambil pil ini mungkin mengalami pertambahan berat badan, disebabkan
pengumpulan cecair, tetapi ini hanyalah untuk jangka masa yang pendek. Jika
anda masih lagi bimbang tentang berat badan, berbincanglah dengan doktor anda.
Hipotiroidisme
Jika tiroid (kelenjar berbentuk rama-rama di
depan leher) tidak menghasilkan hormon tiroid yang cukup, anda mungkin berasa
letih, lemah, sejuk, dan bertambah berat badan. Tanpa hormon tiroid yang cukup,
metabolisma akan menjadi perlahan, lebih cenderung kepada penambahan berat
badan. Malah, tiroid yang berfungsi pada akhir yang lebih rendah daripada julat
normal mungkin menyebabkan pertambahan berat badan. Merawat hipotiroidisme
dengan ubat-ubatan boleh membalikkan situasi ini.
Menopause
Kebanyakan wanita akan mengalami peningkatan berat badan di sekitar masa
menopause, tetapi hormon bukanlah satu-satunya penyebabnya. Usia tua akan
melambatkan metabolisme anda, dan pembakaran kalori menjadi kurang. Dan
perubahan gaya hidup (seperti kurang bersenam) juga memainkan peranan. Tetapi,
anda mendapat berat badan mungkin berkaitan dengan menopause, dengan lemak
terkumpul di sekeliling pinggang anda lebih daripada pinggul dan paha anda.
Sindrom Cushing
Penambahan berat badan merupakan gejala yang biasa bagi sindrom Cushing,
satu keadaan di mana anda terdedah kepada terlalu banyak kortisol hormon
tekanan, yang seterusnya menyebabkan pertambahan berat badan dan lain-lain
keabnormalan. Anda boleh mendapat sindrom Cushing jika anda mengambil steroid
untuk asma, arthritis, atau lupus. Ia juga boleh berlaku apabila kelenjar
adrenal anda menghasilkan terlalu banyak kortisol, atau ia boleh dikaitkan
dengan tumor. Kenaikan berat badan mungkin paling ketara di seluruh muka,
leher, bahagian atas belakang atau pinggang.
Sindrom Ovari Polycystic (PCOS)
PCOS adalah masalah hormon biasa di kalangan wanita dalam usia subur.
Kebanyakan wanita dengan PCOS akan bertambah banyak cyst kecil pada ovari
mereka. Keadaan ini membawa kepada ketidakseimbangan hormon yang memberi kesan
kepada kitaran haid wanita dan boleh menyebabkan bulu badan tambahan dan
jerawat. Wanita dalam keadaan ini adalah kalis kepada insulin (hormon yang
mengawal gula dalam darah), jadi ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
Berat badan cenderung untuk terkumpul sekitar perut, dan meletakkan mereka
berisiko tinggi untuk penyakit jantung.
Berhenti Merokok
Berhenti merokok adalah salah satu perkara yang terbaik
yang anda boleh lakukan untuk kesihatan anda. Apabila anda berhenti, berat
badan anda akan bertambah, tetapi tidaklah amat ketara seperti yang anda
fikirkan. Secara purata, orang yang berhenti merokok mendapat kurang daripada
10 pound berat badan. Anda perlu bertahan daripada rasa lapar untuk beberapa minggu,
yang akan membantu anda untuk lebih mudah mengurangkan berat badan.
http://www.webmd.com/diet/ss/slideshow-weight-gain-shockers++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://www.facebook.com/eztartofficial
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/cantikbyezritairniz
https://www.facebook.com/vendorofficial/
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
https://www.facebook.com/eztarttestimoni
https://www.facebook.com/cantikbyezritairniz
https://www.facebook.com/vendorofficial/
https://www.facebook.com/ezritairniz
No comments:
Post a Comment