Apa
pendapat anda?
Semuanya bermula dalam satu perjalanan di dalam sebuah pesawat, sepuluh tahun yang lalu. Duduk di sebelahnya seorang pelajar sekolah menengah, seorang remaja yang berasal daripada keluarga miskin. Remaja tersebut bertekad untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya. Remaja tersebut juga telah mengajukan satu soalan yang mudah kepadanya.
Soalannya, "Apakah yang menyebabkan seseorang itu untuk berjaya?"
Beliau merasa amat bersalah, kerana beliau tidak dapat memberikannya jawapan yang baik.
Russell Crowe – Oscar Winning Actor : “Pada asasnya saya amat suka bekerja sebagai pelakon. Saya mempunyai semangat yang tinggi.”
Martha Stewart – Homemaking Guru : “Saya seorang pekerja gigih. Saya bekerja dan bekerja dan bekerja sepanjang masa.”
Norman Jewison – Oscar Winning Filmmaker : "Saya fikir segala-galanya adalah berkaitan dengan memberi tumpuan sepenuhmya kepada sesuatu perkara"
Richard Branson – Founder, Virgin Records / Airlines : “Apa yang perlu anda lakukan dalam kehidupan hanyalah menolak diri anda kepada matlamat. Menolak melepasi rasa malu, menolak melepasi keraguan diri.”
Bill Gates – Founder Microsoft : “Saya mempunyai idea” - pengasas syarikat perisian komputer mikro pertama.
Di sini
saya dedahkan hasil kajian sejak beberapa tahun penganalisis Richard St. John
yang telah melakukan temuramah terhadap lebih 500 orang-orang yang telah
berjaya.
Menurutnya :
Semuanya bermula dalam satu perjalanan di dalam sebuah pesawat, sepuluh tahun yang lalu. Duduk di sebelahnya seorang pelajar sekolah menengah, seorang remaja yang berasal daripada keluarga miskin. Remaja tersebut bertekad untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya. Remaja tersebut juga telah mengajukan satu soalan yang mudah kepadanya.
Soalannya, "Apakah yang menyebabkan seseorang itu untuk berjaya?"
Beliau merasa amat bersalah, kerana beliau tidak dapat memberikannya jawapan yang baik.
Semenjak itu,
beliau bertekad untuk bertanya kepada orang-orang yang berjaya, tentang perkara
- prekara yang membantu mereka berjaya, dan akan memberitahu jawapannya kepada remaja
tersebut.
Selama sepuluh
tahun, beliau telah menemuramah melebihi 500 orang-orang yang telah berjaya,
dan beliau telah merumuskan perkara-perkara berikut sebagai perkara utama yang
membawa kepada kejayaan mereka :
1. Keghairahan |
Minat :
Russell Crowe – Oscar Winning Actor : “Pada asasnya saya amat suka bekerja sebagai pelakon. Saya mempunyai semangat yang tinggi.”
Bill Gates – Chairman,
Microsoft : “Paul dan saya tidak pernah terfikir akan mendapat
banyak wang, kami hanya suka mencipta perisian.”
Carol Colleta, radio producer, Smart
City : "Saya akan membayar seseorang untuk
melakukan apa yang saya lakukan."
Perkara yang
menarik ialah, jika anda melakukan sesuatu dengan minat yang mendalam, wang
akan diperolehi.
2. Kerja Kuat : Semua orang yang berjaya bekerja keras.
Martha Stewart – Homemaking Guru : “Saya seorang pekerja gigih. Saya bekerja dan bekerja dan bekerja sepanjang masa.”
Rupert Murdoch –
Billionaire media tycoon : “Ini
semua adalah hasil kerja keras. Tiada apa-apa yang mudah, tetapi saya terlalu
seronok bekerja.”
Alex Garden, game developer :
“Untuk berjaya anda perlu jatuh, dan anda akan mendapatkannya semula.”
Orang yang berjaya mempunyai keseronokan bekerja, bukan
mabuk kerja.
3. Tumpuan | Fokus
:
Norman Jewison – Oscar Winning Filmmaker : "Saya fikir segala-galanya adalah berkaitan dengan memberi tumpuan sepenuhmya kepada sesuatu perkara"
4. Tolak | Dorong :
Orang-orang hebat akan terus menolak diri
mereka.
Richard Branson – Founder, Virgin Records / Airlines : “Apa yang perlu anda lakukan dalam kehidupan hanyalah menolak diri anda kepada matlamat. Menolak melepasi rasa malu, menolak melepasi keraguan diri.”
Goldie Hawn – Actress,
producer : “Saya sentiasa mempunyai keraguan diri, saya
tidak cukup baik, saya tidak cukup pintar, dan saya tidak fikir saya akan berjaya.
Bukan mudah untuk menolak diri anda.”
David Gallo, marine scientist : “Menolak diri dari segi fizikal dan mental, anda perlu
tolak tolak tolak!” Frank
Gehry – Famous Architect : “Ibu
saya menolak saya ... Jadi carilah seseorang untuk menolak anda.”
Cara lain untuk menolak diri anda kepada kejayaan : anda
memerlukan cabaran, matlamat, tarikh akhir, disiplin diri, dan persaingan.
5. Idea-idea :
Bill Gates – Founder Microsoft : “Saya mempunyai idea” - pengasas syarikat perisian komputer mikro pertama.
Donald Trump – Real
estate developer : “Tawaran / Urus janji adalah bentuk seni
saya.”
Anda perlu : jadi ingin tahu - sentiasa berhubung -
membuat catatan – peka - menerima pendapat.
6. Penambahbaikan :
Bagaimana untuk penambahbaikan? Usaha yang berterusan. Latihan Latihan Latihan…
Lance Armstrong – 7
time Tour de France winner : “Perbezaannya
ialah, pasukan saya melakukan latihan 12 bulan dalam setahun, bukan 3 atau 4
bulan.”
7.
Berkhidmat | Servis : Berkhidmat kepada orang lain adalah cara yang boleh
menjadikan anda kaya.
Semua jutawan menjalankan perkhidmatan sesuatu yang bernilai : Bill Gates - Software ; Sam Walton - Walmart discounts ; Ingvar Kamprad - Ikea furniture ; Martha Stewart - Homemaking tips ;
Semua jutawan menjalankan perkhidmatan sesuatu yang bernilai : Bill Gates - Software ; Sam Walton - Walmart discounts ; Ingvar Kamprad - Ikea furniture ; Martha Stewart - Homemaking tips ;
Martha
Stewart – America’s first female self-made billionaire : “Saya memberi perkhidmatan kepada orang yang mempunyai
maklumat yang dipercayai, maklumat yang berguna, idea-idea yang berharga dan
produk.”
Sherwin
Newland, professor of surgery, Yale : “Ia
adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat sebagai doktor."
8. Bertahan : Bertahan
merentasi masa, kerana tiada kejayaan datang sekelip mata.
Larry Page – co-founder
Google : “Ia mengambil masa yang lama untuk melakukan
perkara ini dan banyak kejayaan datang hanya disebabkan banyaknya masa yang
anda berikan.”
Anda mesti cekal melalui kesukaran, dan bertahan
melalui kegagalan. Sudah tentulah kesukaran itu bermakna "kritikan, penolakan, tohmahan
dan tekanan."
Robert Ward – senior
VP, Universal Studios : “Anda
perlu bertahan kerana ianya tidak mudah, dan akan ada kegagalan. Anda perlu melonjakkan
diri anda naik, kekal bertahan, dan berterusan meredah laluan.”
Joe Kraus, cofounder, Excite : “Bertahan adalah
sebab nombor satu bagi kejayaan kami.”
Jadi, jawapan
kepada soalan remaja di dalam pesawat itu adalah mudah : Lakukan lapan perkara
itu, dan percayalah, ini adalah lapan perkara utama yang membawa kepada
kejayaan.
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
No comments:
Post a Comment