Tuesday, 5 July 2016

Salam Aidil Fitri 2016

Dari Jabir r.a., katanya : "Biasanya pada hari raya, Rasulullah saw. menempuh jalan pulang, lain daripada jalan yang telah ditempuh baginda untuk pergi." (HR Al-Bukhari).

Abu Said al Khudri bercerita, katanya : "Pada hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri, Rasulullah saw. keluar rumah pergi ke tempat solat. Baginda lalu ke tempat kaum wanita solat dan di situ baginda bersabda : "Hai, kaum wanita! Bersedekahlah kamu sekalian. kerana saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak di antara penduduk neraka. Mereka bertanya, "Sebab apa, ya, Rasulullah?" Sabda Rasulullah saw., "kerana kamu sekalian banyak mencerca orang, dan ingkar kepada suami. Saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih merosakkan hati laki-laki yang cermat, selain daripada kamu sekalian." Tanya mereka,"Kurang bagaimanakah akal dan agama kami,ya,Rasulullah?" Sabda Rasulullah saw., "Bukankah kesaksian kaum wanita seperdua kesaksian kaum lelaki?" Kata mereka, "Betul!" Sabda Rasulullah saw.  "Itulah salah satu bukti bahawa akalnya kurang. Bukankah apabila wanita itu haid, dia tidak solat dan tidak pula puasa?" Jawab mereka, "Betul!" Sabda Rasulullah saw. "Itulah salah satu bukti bahawa agama mereka kurang." (HR Al-Bukhari).


~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget