Tuesday, 26 July 2016

Kamu Akan Dapat Mengejar Orang Yang Dahulu

Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa orang-orang fakir datang kepada Rasulullah saw. mengatakan : Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami.
Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Rasulullah saw. ;

"Tidakkah lebih baik ku ceritakan kepadamu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan boleh dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Iaitu : Tasbih (membaca Subhanallah), Tahmid (membaca Allamdulillah), dan Takbir (membaca Allaahu Akbar), setiap selesai solat sebanyak 33 kali.

Kami berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Rasulullah saw., dan baginda menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali." (HR : Al-
Bukhari).
Join Us NOW!

🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

http://eztartutama.blogspot.my

https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz

 











 

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget