Friday, 2 September 2016

Makanan-Berlemak yang Baik

Fish
Ikan ; secara semulajadinya adalah berlemak, seperti salmon, ikan kembung, herring, trout tasik, sardin, dan tuna albacore adalah sumber yang baik asid lemak omega-3. Ini adalah lemak "baik" yang membantu menjaga kesihatan jantung anda. Ia juga boleh membantu menjaga ketajaman otak, terutama apabila usia anda semakin lanjut. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan, makan dua hidangan ikan berlemak seminggu. Satu hidangan adalah 3 auns. Cubalah bakar, panggang, atau rebus.

Avocado

Avocado ; yang lazat, boleh dimakan sebagai sandwic, baik untuk jantung anda dan boleh membantu daripada gejala osteoarthritis.
Manfaat lain, apabila anda memakan avocado dengan makanan lain, ia membantu badan anda untuk menyerap nutrien dengan lebih baik. Setengah daripada avocado sederhana pada setiap hidangan mengandugi kira-kira 115-160 kalori.

Seeds

Bijian ; biji labu, biji bunga matahari, dan biji bijan. Ia mempunyai lemak yang "baik" yang boleh menurunkan kolesterol. Secara umumnya, lemak yang berasal dari tumbuh-tumbuhan adalah lebih baik daripada lemak daripada produk haiwan. Lemak "tidak baik" dalam makanan adalah seperti lemak daging, produk tenusu penuh lemak, dan beberapa makanan yang dibungkus. Lihat label makanan untuk mengetahui kandungan dan jenis lemak. Hadkan pada lemak tepu dan elakkan lemak kimia.
Nota : Biji Labu adalah ramuan aktif bagi NANO MEN 18

Nuts

Kacang ; dari hazelnuts kepada pecans, semua kacang adalah baik untuk jantung anda. Walnut, terutamanya, membekalkan lemak kepada jantung yang sihat. Tetapi jangan keterlaluan, hanya kerana lemak yang baik tidak bermakna anda boleh makan seberapa banyak yang anda mahu. Satu hidangan adalah 1 auns. Iaitu kira-kira 14 bahagian walnut, 24 badam, 35 kacang tanah, 18 gajus, atau 15 bahagian pecan.

Olive Oil

Minyak Zaitun ; samada anda hendak memasak atau menyediakan salad, cubalah minyak zaitun. Ia amat tinggi kandungan lemak yang baik. Ingat, sentiasalah bijak untuk melihat kuantiti lemak – walaupun ianya lemak yang baik. Jadi, masaklah dengan minyak yang kurang daripada resipi anda perlukan. Atau hanya menggunakan semburan minyak zaitun. Bagi menghasilkan kek, anda boleh menggunakan sos epal menggantikan separuh minyak untuk memotong kembali sesetengah lemak dan memotong kalori.
http://ezritairniz.blogspot.my/p/contact-me.html

Vegetables

Sayuran Hijau ; seperti bayam, kangkung, dan tauge membekalkan sesetengah omega 3. Oleh kerana badan kita tidak boleh menyediakan lemak yang baik, anda perlu untuk mendapatkannya melalui makanan. Cuba untuk dapatkan 2 - 3 cawan sayur-sayuran setiap hari. Juga masukkan ikan ke dalam diet anda, kerana ikan mempunyai pelbagai jenis lemak omega-3 yang anda perlukan. Sayur-sayuran hanya menyediakan sebahagian kecil daripada Omega-3 berbanding ikan.

Eggs

Telur ; adalah satu sumber protein yang mudah dan murah, dan telur yang besar mempunyai kurang daripada 5 gram lemak, terbaik daripada lemak yang baik. Telur juga diperkaya dengan tambahan omega-3.

Ground Flaxseed

Ground Flaxseed ; adalah sebahagian daripada diet yang baik, baik untuk lemak anda, dan boleh membantu menjadikan kulit anda kelihatan hebat – berisi dan nampak muda. Tambahan pula, ia mengandungi serat dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Dapatkan lemak yang baik dengan hanya percikan satu sudu teh flaxseed pada salad atau bijirin anda, atau menggunakannya ketika anda membakar.

Beans

Kacang ; samada ia kidney, great northern, navy, atau kacang soya. Menambah kacang ke dalam diet anda mendatangkan kebaikan untuk anda dari segi mental dan fizikal. Kacang mempunyai omega 3, yang boleh membantu emosi anda.

Omega-3-Fortified Foods

Produk yang Diperkaya dengan Omega-3 ; terdapat banyak produk yang telah diperkayakan dengan omega-3. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkannya melalui susu dan telur, roti, dan set sarapan. Semak label produk untuk memastikannya. Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak faedah kesihatan dengan mendapatkan omega-3 melalui produk yang diperkaya daripada makanan tambahan (supplement).
http://www.webmd.com/diet/ss/slideshow-healthy-fat-foods

http://ezritairniz.blogspot.my/p/contact-me.html

~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
++ JOM JANA Pendapatan Kedua...
++ JOM DIET dengan betul untuk Sihat & Cantik...
Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...

+60 19 435 5255 (pm & whatsapp)
http://ezritairniz.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/ezritairnizgctea
https://twitter.com/Ezrita_Irniz
https://www.instagram.com/ezritairniz

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger Widget