Al-Anshari menceritakan kepada kami, Maan
memberitahukan kepada kami, Malik bin Anas memberitahukan kepada kami, dari Az
Zuhri dari Atha' bin Yazid dari Abi Said : "Bahawa sekelompok dari
segolongan Ansar meminta sesuatu kepada Rasulullah saw lalu baginda
memberikannya kepada mereka, kemudian mereka meminta sesuatu kepada baginda, baginda
memberikannya kepada mereka, kemudian baginda bersabda :
"Harta yang aku miliki tidak akan aku
simpannya dari kamu. Barangsiapa merasa kaya maka Allah menjadikannya kaya.
Barangsiapa yang berusaha memelihara diri maka Allah akan memeliharanya. Barang
siapa bersabar maka Allah memberinya kesabaran.Tidaklah seorang diberi sesuatu
yang lebih dan lebih luas dari pada kesabaran".
Dalam bab ini terdapat hadis dari Anas.
Hadis ini adalah hasan sahih. Hadis ini diriwayatkan dari Malik : dan
diriwayatkan pula darinya dengan erti yang sama iaitu : "Tidak akan aku
menyimpannya dari kamu." (HR : At-Termizi).
🍍🍍🍍🍍🍍🍍🍍
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza...
http://eztartutama.blogspot.my
https://www.facebook.com/ezritairniz
https://www.facebook.com/eztartbyezritairniz
No comments:
Post a Comment