Thursday, 26 May 2016

Dengan Itu Saya Rasa Lebih Bahagia

Saya berhenti membandingkan hidup saya dengan orang lain… dengan itu saya rasa lebih bahagia...
 
Saya berhenti menjalani hidup dengan memenuhi harapan orang pada saya, tapi saya hanya menjalani apa yang Allah tentukan… dengan itu saya rasa lebih bahagia...

Friday, 20 May 2016

Pemakanan Seimbang

Pemakanan Seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Sunday, 15 May 2016

Penyakit Kencing Manis - Mengelak Kencing Manis

Perubahan Cara Hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Friday, 13 May 2016

Penyakit Kencing Manis – Perubatan

Perubatan untuk Penyakit Kencing Manis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
1.       Melakukan senaman dan menjaga makan minum.
2.       Ubat berbentuk pil yang dimakan.
3.       Suntikan.
4.       Pembedahan. (Pada masa akan datang)

Tuesday, 10 May 2016

Penyakit Kencing Manis - Dikalangan kanak-kanak

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat.

Sunday, 8 May 2016

Penyakit Kencing Manis - Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Tuesday, 3 May 2016

Penyakit Kencing Manis - Apakah tanda-tandanya?

Tanda-Tanda Kencing Manis adalah seperti berikut :
1.       Sering dahaga dan sering perlu minum air.
2.       Sering ketandas.
3.       Terasa badan lemah.
4.       Berat badan turun dengan cepat.
5.       Penglihatan semakin kabur.
6.       Terasa pening kepala.

Sunday, 1 May 2016

Penyakit Kencing Manis - Jenis-jenis kencing manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

1. Diabetes bersandar insulin  - jenis pertama (Type 1 diabetes)
Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.
Previous Page Next Page Home
Blogger Widget